Hari ini sekolah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan 2010. Majlis bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Selepas majlis tamat terasa bersemangat apatah lagi untuk menjayakan Kempen Boh Sinar Harapan Orang Utan ini.
Sudah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Pelbagai pencapaian dan pembangunan telah kita kecapi. Kemerdekaan bermaksud kebebasan. Bebas dari belenggu penjajahan dan penguasaan asing
Sempena dengan Kempen Boh Sinar Harapan Orang Utan ini, marilah kita sama-sama memberikan perhatian kepada hidupan yang turut inginkan kehidupan yang terjamin. Melestarikan atau mengekalkan kehidupan Orang Utan agar tidak hanya tinggal nama.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment