Permulaan
Semua hidupan mempunyai hak masing-masing untuk hidup di muka bumi ini. Namun begitu, orang utan adalah salah satu haiwan yang diancam kepupusan di dunia ini. Kini hanya di beberapa buah negara sahaja yang terdapat haiwan cerdik ini
Sesungguhnya pelbagai persoalan yang bermain di fikiran kami bagaiamana haiwan ini pupus. Adakah disebabkan kegiatan manusia sendiri? Ataupun terdapat sebab-sebab lain yang tidak diketahui. Bak kata pepatah 'tepuk dada tanya selera'.
Ketahuilah bahawa orang utan adalah salah satu haiwan yang bijak di muka bumi ini. Mereka juga mempunyai 97 % DNA manusia. Jadi, mereka seharusnya dilayan dengan adil kerana mereka juga adalah hidupan.
Oleh sebab itulah, tertubuhnya kumpulan kami yang ingin memupuk sifat kesedaran dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu kami telah menjalankan beberapa aktiviti yang dapat memupuk sifat kesedaran tentang kepupusan hidupan ini.
Antara aktiviti yang telah kami jalankan ialah membuat 'banner', mendapatkan tandatangan dan sokongan warga sekolah, mengedarkan risalah dan juga poster pada setiap kelas. Walaupun tidak banyak aktiviti yang dijalankan namun begitu, pelbagai komen yang bernas kami terima. Ia menunjukkan kami telah melakukan aktiviti ini dengan jayanya dan berhasil untuk menyemai sifat kesedaran dalam kalangan warga Kiaramas.
TEMA KAMI IALAH:
LESTARIKAN ORANG UTAN,
BANTULAH MEREKA,
KITA HARAPAN MEREKA.
AWWW !
Mereka sangat COMEL !